Stress bermaksud tekanan perasaan yang membawa kesan tidak menentu kepada anda sama ada positif atau negatif. Stress terbahagi kepada dua jenis iaitu Eustress dan Distress.
Eustress bermaksud tekanan perasaan yang membuat anda bertindak positif dan lebih fokus terhadap
jalan penyelesaian terhadap sesuatu cabaran. 85% daripada golongan berjaya di dunia sangat suka berada dalam eustress kerana bagi mereka cabaran sebegini dapat membuatkan mereka lebih bekerja kuat, kreatif, inovatif dan pantas dalam menyelesaikan cabaran yang dihadapi.
Distress bermaksud tekanan perasaan yang tidak menentu yang membuat anda bertindak negatif seperti
makan terlampau banyak, tidur lebih di siang hari, sikap berputus asa, kurang pro aktif. Distress akan menyebabkan hormon tubuh badan tidak seimbang yang akan memberi kesan kepada tekanan darah, kemurungan malah boleh menyebabkan tekanan jiwa kronik.
Distress yang tidak terkawal akan menyebabkan anda perlu melakukan rawatan susulan dan makan ubat yang dibekalkan oleh doktor setiap hari. Ubat ni bertujuan menurunkan tekanan darah, mengawal hormon stress dan memudahkan anda tidur lena pada malam hari. Jom kenali 10 tanda awal distress.
1) Otot Leher Anda Menegang
Otot leher menegang di sebabkan otak memerlukan sebanyak mungkin bekalan darah, bekalan oksigen
untuk anda berfikir masalah yang di hadapi. Otot yang berada pada leher akan mencengkam bagi
mempercepatkan proses penghantaran oksigen ke otak.
2)Anda Sukar Fokus
Anda seringkali mengalami hilang tumpuan? Itu tandanya anda mengalami distress. Minda anda berada
separa sedar di mana 90% pemikiran anda memikirkan masalah yang anda hadapi sedangkan jasad anda
berada di tempat kerja, solat atau berada di dalam kelas. 10% minda membentuk minda sedar.
3)Anda Mengalami Mimpi yang Aneh dan Mengerikan
Kajian saintis Montreal Neurological and Institute Hospital Quebec Canada menunjukkan, 64.5% pesakit
darah tinggi seringkali mengalami mimpi aneh dan mengerikan dengan kekerapan seminggu 3 kali. Kajian
ini bertujuan untuk membuktikan hypotesis kaitan antara kesihatan dan kualiti tidur seseorang.
Kebiasaanya apabila anda mengalami distress anda akan mimpi kisah silam anda yang menakutkan,
masalah yang anda hadapi, atau masa depan anda yang menakutkan. Hal ini kerana, semasa tidur tubuh
badan anda di perkaya dengan hormon - hormon yang saling bertindak balas untuk menjana tenaga dan
memulihkan tubuh badan anda.
4)Gusi Anda Selalu Berdarah
Gusi berdarah berpunca daripada plak2 yang terbentuk di sekitar gusi atau pengeluaran hormon kortisol.
Hormon kortisol terhasil semasa anda mengalami stress. Hormon ini akan menyerang sistem pertahanan
tubuh badan dan menyebabkan bakteria berpeluang membiak di sekitar gusi anda. Hal ini yang
menyebabkan gusi anda mengalami pendarahan.
5)Jerawat Menjelma di Muka Anda
Selain daripada faktor akil baligh, jerawat juga boleh menjelma di sebabkan hormon kortisol. Apabila
hormon ini terhasil, maka wajah anda akan mudah mengalami pembentukan jerawat.
6)Anda Mengalami Migrain
Distress yang keterlaluan atau tidak terkawal akan menyebabkan anda mengalami pening kepala dan
migrain.Migrain berpunca daripada faktor sekeliling yang membuat anda kurang selesa atau stress.
7)Otot Mata Anda Berkedut
Apabila anda mengalami distress, otot pada bahagian kelopak mata akan mengalami cengkaman. Lama
kelamaan situasi ini akan menyebabkan kelopak mata anda berkedut.
8) Anda Mudah Lupa
Distress akan menyebabkan anda mudah lupa apa yang anda sedang buat, apa yang anda telah buat dan
apa yang anda akan buat. Hal ini kerana anda berada dalam minda separa sedar ( unsubconsious mind)
yang memikirkan masalah yang anda hadapi.
9) Sistem Perkumuhan Anda Terganggu
Kebiasaanye apabila distress melarat lebih daripada 3 hari, anda akan mengalami masalah sistem
perkumuhan ( buang air besar). Sistem ini akan membuatkan anda sukar melepaskannya kerana
aset(najis) anda yang tidak sihat dan keras ( solid)
10) Anda Suka Buang Masa
Kajian saintis canada menunjukkan antara tanda - tanda pesakit yang mengalami tekanan darah tinggi
ialah suka membuang masa pada waktu premium. Hal ini kerana mereka tidak dapat fokus dan berada
dalam keadaan distress. Hasil kerja mereka bergantung pada situasi emosi mereka.