Friday, 3 January 2014

5 Tips Terbaik Untuk Buah Pinggang Anda





Buah pinggang merupakan komponen organ kedua paling penting selepas jantung. Tanpa buah pinggang yang sihat tubuh badan anda akan mengalami keracunan akibat sistem perkumuhan yang tidak lancar. Contoh kesan daripada kerosakan buah pinggang ialah muka atau kulit badan berjerawat, badan sentiasa lemah dan selalu mengalami migrain yang kronik.

Mengetahui langkah awal untuk mencegah kerosakan buah pinggang merupakan bonus untuk kesihatan anda. 5 tips terbaik untuk buah pinggang anda akan saya huraikan di bawah ini.

1) Diagnosis Tekanan Darah dan Kandungan Gula                         
                               

    Dua punca utama penyebab kerosakan buah pinggang anda ialah tekanan darah yang tinggi dan
    dan kandungan gula yang tinggi.

          Kandungan gula yang tinggi menyebabkan penapis ( kidney filter) rosak. Hal ini kerana fungsi
    sebenar buah pinggang adalah menapis kotoran dan memisahkan kotoran antara ke air kecil ( urine)
    atau ke saluran darah semula. Apabila penapis ini rosak, sumber protien dalam darah akan mengalir
    ke dalam air kecil yang di namakan 'microalbuminuria'

       Kesan daripada proses 'microalbuminuria' ini akan menyebabkan pesakit buah pinggang hilang
   daya fungsi menapis kekotoran dalam buah pinggang. Sekiranye tidak dirawat, pesakit buah pinggang
   terpaksa melakukan pembedahan pemindahan organ baru.

       Pesakit buah pinggang yang mengalami darah tinggi sebenarnya mengalami keracunan dalam tubuh
   badan. Hal ini kerana, jantung bekerja keras untuk mengepam darah ke artery, dan tekanan darah yang
   tinggi akan menyebabkan saluran darah kapilari ( blood capilary) mengalami kerosakan akibat velocity
   darah.Kesannya saluran darah kapilari dalam buah pinggang yang rosak akan menyebabkan buah pinggang
   mati atau tidak berfungsi untuk menapis kotoran dalam tubuh badan.

   Langkah bijak awal untuk menyelamatkan buah pinggang anda ialah dengan melakukan diagnosis tekanan
   darah dan kandungan gula

2)Minum Air Suam Secukupnya

   Amalan minum air suam atau air yang hangat amat digalakkan sama sekali untuk anda yang sayangkan
   kesihatan. Salah satu faedah amalan ini ialah lemak - lemak degil dalam tubuh badan mampu berpisah
   daripada lapisan kulit sekiranye dilakukan sebelum dan selepas bersenam.


       Buah pinggang yang sihat memerlukan kandungan air yang bersih ( air masak atau air RO) untuk
   memembawa  kotoran daripada darah kepada air kecil. Amalan meminum air suam dapat merangsang                                                   dan memudahkan kotoran mengalir ke dalam air kecil.


3)Jangan Merokok

   Amalan merokok tidak bagus sama sekali kerana dalam sebatang rokok mengandungi 4000 bahan kimia.
   Sebahagian daripada 4000 bahan kimia tersebut adalah bahan utama letupan bom atom.
 
        Antara bahan utama menjadi punca kerosakan buah pinggang ialah Tar. Tar berfungsi membuat jalan
   raya akan merosakkan penapis buah pinggang dan menyebabkan berlaku sakit buah pinggang kronik.

4) Jaga Pemakan dan Minuman
    Antara simptom buah pinggang rosak ialah pesakit akan berasa sakit pinggang dan tulang belakang. Hal
    ini kerana urat saraf ( nerve)  daripada tulang belakang dan sakit pinggang memberi respond terhadap
    kerosakan buah pinggang.

        Pemakanan yang tidak sihat seperti makanan segera, makanan kaya lemak tepu dan kolestrol
    akan menyebabkan tekanan darah meningkat dan memberi kesan kepada penapis buah pinggang.
    Manakala minuman yang tidak sihat seperti air berkarbonat, teh tarik, nescafe akan membuat
    kandungan darah diperkaya dengan gula.

5) Amalan Bekam
                                     
    Bekam sangat - sangat bagus untuk di amalkan oleh anda pencinta kesihatan. Bekam berfungsi
    membuang kotoran dalam salur darah yang mana akan memudahkan proses tapis di buah pinggang.

    Hadis rasulullah s.a.w :
    Dari Anas bin Malik r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda "Kalian harus berbekam dan menggunakan al-qushtul     bahri'
   '(Diriwayatkan oleh Imam bukhari, Muslim dan Ahmad)
 

Moga 5 tips yang dikongsikan ini dapat memberi manfaat kepada buah pinggang anda. Sayangilah buah
pinggang anda untuk kesihatan anda.  Selamat beramal :)

No comments:

Post a Comment