Monday, 30 December 2013

5 Langkah Bijak Mencegah Serangan 'Assassin'



'Assassin' utama di malaysia selama 30 dekad yang lepas dikenali sebagai Penyakit Jantung. Statistik Kementerian Kesihatan menunjukkan 1/4 daripada kematian di hospital kerajaan ialah akibat serangan jantung!

     Serangan jantung tidak mengenal usia membuatkan ia sukar dijangka.Malah ada pesakit berusia seawal 28 tahun telah mengalami serangan jantung koronari maut. Gaya hidup metropolitan tanpa kesedaran kesihatan menyebabkan sebahagian besar masyarakat malaysia mengabaikan tentang kepentingan kesihatan jantung.

 
Menurut Pakar Kesihatan  dan Pakar  Kardiologi dari seluruh dunia sangat mengesyorkan 5 langkah awal untuk mencegah serangan jantung kronik.

1) Berhenti Merokok
    4000 kimia yang mengandungi dalam kandungan rokok sangat - sangat berisiko membuatkan si perokok
     dan orang sekeliling mendapat penyakit barah dan serangan jantung.

     Tahukah anda?
      Perbelanjaan purata si perokok :                    Keuntungan berhenti rokok:
      * Satu hari 1 kotak - rm 10                           * Duit rokok dapat digunakan untuk Ahli keluarga
      * Seminggu             - rm70                           * Dapat digunakan untuk Bayaran ASB bernilai rm 30ribu
      * Sebulan                - rm 120                        * Dapat memulakan perniagaan lean start up
      * Setahun                - rm 1440                      * Dengan rm 1440 mampu berbulan madu bersama isteri
                                                                              tersayang.

           


2) Tidur Mencukupi

                                    

    Tidur merupakan keperluan tubuh badan semula jadi untuk merehatkan diri dan menjana semula tenaga
     untuk tubuh badan. Semasa tidur, tubuh badan manusia membakar sekitar 70 kalori sejam. Untuk
     mengoptimumkan kesan pembakaran kalori.

           Tidur yang mencukupi dapat membantu anda bangun dalam keadaan segar bugar dan fokus dalam
     melakukan tugasan anda. Kajian pakar kesihatan menunjukkan masyarakat di jepun di tokyo merupakan
     populasi paling tinggi mengalami penyakit kurang tido. Kesannya tekanan darah meningkat, stress
     dan boleh mengakibatkan tekanan jiwa kronik.

           Tidur yang tidak di galakkan ialah pada waktu asar dan selepas subuh. Hal ini kerana tidur pada dua
     waktu subuh amat merugikan kerana oksigen terbaik untuk di hidu oleh manusia adalah selepas waktu
     subuh.

             Menurut  Dr. Alyssa Cairns pada Associated Professional Sleep Societies di Minneapolis kajian
     yang dilakukan terhadap 750 kanak - kanak mereka yang tidur pada lewat petang akan mengalami
     masalah sukar tido pada waktu malam dan kemahiran bermain puzzle dan permainan berbentuk
     kemahiran organisasi menurun.

       



3) Amalkan Rutin Senaman Yang Sihat

                                    

    Anda tidak perlu latihan komando atau latihan seperti permain terbaik dunia lionel messi untuk mendapat
    jantung yang sihat. Cukup sekadar 3 kali seminggu latihan senaman intensiti yang tinggi dan 2 kali latihan
    senaman yang intensiti rendah.

   Tips:
    * Bersenam dapat membakar kalori dan membakar lemak
    * 3500 kalori = 0.453592 kg = 1 pound
    * Untuk mendapatkan kesan optimum bakar lemak rutin diet perlu di perkemaskan
    * Sekiranye BMI ( body mass index) anda melebihi 27, sila kurangkan aktiviti berjoging laju
       kerana ia akan menyebabkan kerosakan di kepala lutut yang kronik.

           



4) Makan Gaya Hidup Sihat


                                        

    Pemakanan yang seimbang dan sihat dapat membantu mengurangkan kolestrol LDL dalam tubuh badan.
 
    Langkah bijak untuk mencegah anda daripada mendapat serangan jantung adalah dengan mengurangkan
    makanan seperti :
    * Lemak tepu - mentega, minyak sawit, kulit ayam dan bahagian anggota haiwan
    * Makanan segera- kfc, mc donald, pizza hut, domino pizza, burger king, subway
    * Makanan yang di proses - maggy, keropok kentang,mi segera, nasi segera
   
    Langkah bijak untuk memperbaiki jantung anda adalah dengan mengambil pemakanan seperti:
    * Kaya kolestrol HDL- oat, beras perang, barli
    * Kaya fibre - buah oren, sayuran berbagai warna, pisang, oat
    * Supplement - minyak ikan, habbatus sauda, kurma, kismis, minyak zafran

5) Mendapatkan Diagnosis Doktor


                                         
    Ujian atau pemeriksaan berkala tahap kesihatan anda di hospital dapat membantu anda melakukan
    langkah pencegahan awal agar penyakit jantung tidak menjadi kronik atau anda menghadapi serangan
    jantung. Syor atau cadangan oleh doktor pakar ialah setiap 6 bulan sekali anda perlu melakukan
    pemeriksaan kesihatan secara menyeluruh seperti darah tinggi, kencing manis, ujian darah, dan tahap
    kecergasan bagi membolehkan doktor membuat diagnosis lebih tepat.

    Moga dengan 5 langkah bijak ini dapat bantu anda mencegah daripada penyakit jantung. Selamat
    beramal :)






   
     
   
     
   

Friday, 27 December 2013

5 Tanda Awal Buah Pinggang Rosak

                                                              (Buah pinggang yang rosak)


Buah pinggang yang berbentuk seperti kacang gajus berfungsi sebagai organ vital yang mencuci darah dan mengawal kestabilan hormon dalam tubuh badan. Antara penyumbang utama kepada kerosakan buah pinggang ialah penyakit darah tinggi dan kencing manis.

    Pada tarikh 9 januari 2013, seramai 15 000 pesakit kronik buah pinggang dialisis ( ESRD) yang menunggu giliran untuk  menjalani pembedahan buah pinggang. Namun begitu, kesedaran masyarakat
tentang pendermaan organ tubuh badan yang masih rendah menyebabkan ramai pesakit terpaksa menanti untuk menjalani pembedahan.

    Mengikut kenyataan Pengarah Kesihatan Negeri Terengganu, Dr. Mohd Jusoh,  negeri terengganu mencatatkan purata 70 orang pesakit seminggu yang mendaftar di hospital kerajaan untuk rawatan buah pinggang. Perunding Nephrologist Hospital Selayang, Dr Rafidah Abdullah pula menjelaskan bahawa hospital tersebut menerima 22 pasang buah pinggang daripada penderma tempatan.

Ramai antara kita sebenarnya mempunyai penyakit buah pinggang, tetapi kita tidak menyedarinya. Ini disebabkan oleh sebahagian tanda penyakit buah pinggang seakan sama dengan tanda penyakit lain.

Jadi bagaimana untuk kita mengetahui sama ada kita menghidapi penyakit buah pinggang? Untuk mengetahuinya,mari kita melihat perkongsian di bawah ini.


 1) Mengalami Keletihan Sepanjang Masa
     Sekiranya anda mengalami keletihan sepanjang masa tanpa sebab munasabah. Kerosakan buah pinggang
     merupakan puncanya. Ini kerana, apabila buah pinggang rosak, proses hormon untuk menghasilkan
     darah merah ( haemoglobin) akan terbantut. Apabila kekurangan darah merah, maka proses
     penghantaran oksigen kepada anggota tubuh badan dan jantung akan terhalang menyebabkan anggota
     badan menjadi lemah.

2)Air Kencing
   Air kencing merupakan ending proses bagi sistem perkumuhan buah pinggang. Sekiranye kekerapan air
   kencing lebih daripada 5 kali sehari sebaiknya berjumpa doktor untuk buat ujian darah bagi mengenal pasti
   punca sama ada masalah buah pinggang atau pundi hempedu.

         Tanda lain bagi air kencing ialah, air kencing berdarah dan air kencing berwarna coklat kehitaman.
   Semasa anda membuang air kecil adakah anda terasa lancar? atau pun tersekat sekat? sekiranya rasa
   seperti meneran kemungkinan anda menghidapi sakit buah pinggang atau pun penyakit batu karang.

3)Rasa Loya Dan Muntah
   Banyak faktor yang menyebabkan rasa loya dan muntah antaranye tanda kehamilan, ear drum bermasalah
   atau pun darah kotor. Rasa loya dan muntah yang berpunca daripada penyakit buah pinggang di sebabkan
   darah kotor yang pekat ( saturated) dalam tubuh badan. Hal ini kerana buah pinggang gagal berfungsi
   untuk menapis kotoran ( wastage product) dalam darah. Darah yang tidak di tapis ini akan memasuki
   semula dalam sistem peredaran darah ( blood circulation system) dan menyebabkan anda berasa loya.

4)Tubuh Badan Rasa Sejuk Sepanjang Masa
    Aneamia berpunca daripada kekurangan darah merah. Ada yang sedari lahir telah mendapat penyakit ini.
    Ada yang berpunca daripada penyakit buah pinggang yang gagal memproses merangsang penghasilan
    darah merah ( haemoglobin). Sekiranye darah merah tidak dapat dihasilkan secukupnya maka anda akan
    terasa kesejukan kerana fungsi tubuh badan anda disekat daripada menerima oksigen yang mencukupi.

5)Kegatalan Atau Ruam
   Kegatalan atau ruam ini berpunca daripada masalah darah yang kotor. Kegagalan buah pinggang untuk
   menapis kekotoran daripada darah menyebabkan ia mengalir semula ke dalam tubuh badan. Apabila darah
   ini mengalir dalam tubuh badan maka tindak balas hormon akan menyebabkan timbulnya ruam, gatal di
   tubuh badan. Jadi untuk kepastian, jumpa doktor sama ada kegatalan berpunca daripada masalah luaran
   atau dalaman ( darah kotor)
                                 
   Apabila anda mengalami tanda  awal seperti di atas ini, cepat - cepat lah berjumpa doktor untuk mendapatkan diagnosis ujian darah bagi memastikan punca sebenar penyakit yang anda hidapi. Amalkan
gaya hidup sihat, kurangkan pengambilan garam dan gula yang mana menyebabkan penapis buah pinggang
gagal berfungsi. Selamat beramal :)

Thursday, 26 December 2013

Serangan Jantung atau Serangan Elektrik?


Jantung manusia berkerja selama 70 degupan setiap minit, 4200 degupan setiap jam, 100 800 degupan setiap hari. Jantung merupakan organ tubuh badan yang mempunyai rangkaian otot yang bekerja tanpa perlu persetujuan daripada otak manusia

    Jantung bekerja hasil daripada tindak balas otot yang dirangsang oleh kuasa denyutan elektrik untuk mengerakkan dan mengepam saluran darah melalui aorta ke seluruh tubuh badan.

Terdapat dua serangan jantung yang membawa maut :

                                      

1) Serangan jantung koroner
    Serangan jantung ini berpunca daripada penyempitan saluran darah yang menghalang darah kaya oksigen
    daripada sampai ke jantung. Hal ini akan menyebabkan jantung mengalami kerosakan yang teruk
    sekiranye saluran darah tersebut terus menyempit.


2) Serangan jantung kardiak
     Serangan jantung ini berlaku secara tiba - tiba dan selalunya tidak dapat dikesan tanda - tanda akan
     berlaku serangan. Serangan ini berpunca daripada kegagalan elektrikal sistem pada jantung berfungsi
     yang menyebabkan otot jantung tidak dapat bekerja mengepam darah ke anggota tubuh badan.
     Sekiranye tidak dirawat dalam tempoh masa 5 minit, akan menyebabkan kematian otak.

          Rawatan berkesan untuk serangan jantung kardiak ialah melakukan CPR (cardiopulmonary    
    resuscitation)
   
        


         Kesimpulan berdasarkan kajian pakar perubatan, pesakit yang menghidapi serangan jantung kardiak
   kebiasaannya  menghidapi penyakit jantung koroner. Manakala pesakit yang menghidapi penyakit jantung
   koroner berpotensi menghidapi penyakit jantung kardiak semasa dalam tempoh rawatan pemulihan.


Kenali 5 punca penyebab kematian 40 000 pesakit di Malaysia Setiap Tahun



Penyakit jantung koroner  atau nama lain penyakit jantung koroner arteri adalah penyakit biasa di hadapi pesakit jantung yang berisiko menyebabkan serangan jantung. Penyakit ini berpunca daripada pembentukan
plak di dalam saluran arteri yang menyebabkan penyempitan arteri dan mengurangkan kelancaran darah ke jantung.

    Kebiasaannya penyakit ini tidak dapat di rasai oleh pesakit melainkan di diagnosis oleh doktor pakar melalui ujian tekanan darah dan tahap kolestrol. Kajian menunjukkan 23.8% daripada mangsa serangan jantung koroner tidak pernah mengalami tanda awal jantung bermasalah seperti obesiti, tekanan pada bahagian tubuh badan sebelah kiri, mata berpinar, dan sesak nafas.



Faktor - faktor yang menyumbang kepada penyakit jantung koroner:

1) Body Mass Index (BMI)
   
    Cara mengira BMI anda :

    Berat(kg) / Tinggi (meter) x Tinggi (meter) = BMI

   contoh:
    70(kg) / 1.70 (meter) x 1.70 (meter) = 24.221 BMI

 
 
 






2) Pemakanan



                            
    Makanan yang kaya dengan kolestrol merupakan penyumbang utama kepada penyakit jantung koroner.
 
    Antara jenis makanan yang menjadi punca penyakit jantung koroner :
    *Daging merah - Daging merah terdiri daripada daging lembu, kambing dan haiwan berkaki empat
    *Makanan segera- Makanan seperti kfc,mc donald, pizza hut, burger king,ayamas dan lain2 lagi.
    *Protien tanpa lemak- Ayam tanpa kulit, ikan, dan makanan laut seperti ketam, kupang, kerang.
    *Makanan yang diproses -Makanan yang diproses seperti sosej, burger, keju, dan pepperoni
    *Makanan yang mengandungi lemak tepu- mayonis,mentega kacang, cheese dan keju
 
                         

                   
                           

3) Amalan dan Gaya Hidup
                        
                                          
    48% pesakit jantung koroner adalah penghisap rokok tegar. Kesan daripada amalan merokok ini
    telah menyebabkan saluran darah, fungsi sel, dan risiko mendapat kanser membiak dalam tubuh badan.

         Menurut kajian pakar WHO ( world health organization), orang  yang berada di sekeliling perokok
    1.8 kali ganda berisiko menghidap penyakit barah atau kanser kerana asap rokok yang dilepaskan
     tidak melalui penapis span rokok.

     Antara kandungan resipi utama sebatang rokok :
      * 4000 bahan kimia yang sangat merbahaya
      * Napthtelene ( ubat gegat biasanye di guna untuk menghalau lipas dan cicak)
      * Polonium_201( bahan radioktif untuk buat nuklear atau sumber tenaga)
      * Acetone ( bahan untuk buat cat)
      * Arsenic ( racun untuk membunuh anai - anai)
      * hydrogen cyanide ( gas beracun untuk hukuman mati bagi pesalah di united states)
      * Tar ( penyebab utama atau bahan utama menyebabkan perokok menghidap kanser)
      * Nikotin ( penyebab utama ketagihan yang berpunca daripada tindak balas rangsangan di otak)
      * Karbon monoksida ( asap yang keluar daripada ekzos kereta yang mana sekiranye terdapat
         60% karbon monoksida dalam tubuh badan akan menyebabkan maut)
                                               



                                 


 4) Hipertensi ( stress yang melampau)
                            
     Stress atau nama lain tekanan perasaan yang melampau akan menyebabkan emosi, rohani dan fizikal
     seseorang berada dalam keadaan kepenatan, keletihan, dan negatif.
      
     Stress terbahagi kepada dua jenis iaitu stress akut ( stress jangka pendek)  dan stress kronik ( stress
     jangka panjang)

     Stress akut biasanye terjadi akibat tindakan spontan selepas kemalangan, kecederaan atau keputusan
     yang tidak diduga. Sebagai contoh kemalangan motorsikal akan menyebabkan seseorang mengalami 
      stress akut. Kesan daripada stress akut ialah tekanan darah akan meningkat secara mendadak.
   
     Stress kronik biasanye terjadi akibat masalah kehidupan seperti dibuang kerja, masalah kewangan,
     masalah putus cinta dan segala masalah berkaitan emosi yang tidak dapat diselesaikan oleh si pesakit.
     Masalah seperti ini biasanye terjadi akibat paradigma pesakit yang memikirkan masalah di hadapi
     sehingga menyebabkan kesihatan tubuh badan terjejas.

      Selain daripada itu, stress kronik juga berpunca daripada penyakit yang dihidapi seperti darah tinggi,
      halusinasi,tekanan jiwa yang mana memerlukan   pemantauan rapi daripada doktor.


5) Faktor kendiri
    Faktor kendiri ialah faktor yang tetap yang biasanye meliputi peringkat umur dan keturunan. Kajian
    menunjukkan lelaki berusia lebih 60 tahun dan wanita berumur 65 tahun lebih berisiko menghidapi
    penyakit jantung koroner berbanding mereka yang lebih berusia muda.
 
          Wanita yang monopaus lebih berisiko menghidapi penyakit jantung koroner berbanding wanita yang
    lewat menghadapi monopaus. Hal ini kerana tubuh badan wanita yang tidak monopaus mengalami
    pembentukan hormon lebih stabil dan mampu mengawal kolestrol LDL melalui hormon estrogen lebih
    baik berbanding wanita yang monopaus.

          
 
       
         

     



Friday, 20 December 2013

10 Fakta Jantung Anda



1) Setiap hari tenaga yang di hasilkan oleh otot jantung mampu mengerakkan sebuah trak sejauh 20 batu.
    Purata seumur hidup seorang manusia membolehkan sebuah trak bergerak ke bulan dan patah balik
    semula ke bumi.

                                    
                                    Mesin sterika jantung( defibrillator machine)
                                         
2)Jantung merupakan organ yang tidak boleh di kawal oleh minda kerana manusia akan mati sekiranye
   jantung tidak bergerak. Jantung yang mati akan menyebabkan anggota tubuh badan tidak dapat bekalan
   oksigen dan badan akan mengalami keracunan karbon dioksida.

   Sekiranye jantung manusia tidak bergerak, dua teknik akan di amalkan iaitu CPR atau Mesin Sterika
   (mesin yang macam dalam cerita medic yang dia charge lepas tu letak kt bahagian dada dan ada
    hentakan) . Mesin sterika ni namanye defibrillator ;)

    Persoalan saya jantung ada satu bahagian? nama perlu dua unit sterika untuk hidupkan jantung? setahu
    saya paru2 je ada dua bahagian? huhu.. selamat berfikir :)

3)Isipadu darah yang di pam oleh jantung sekitar 5 liter hingga 30 liter dalam masa seminit. Bayangkan 20
   botol 1.5 liter hundred plus di pam dalam masa seminit. Subhanallah.

4)Jantung tetap mampu berfungsi walaupun keluar daripada tubuh badan manusia kerana otot jantung              bergerak berasaskan elektrik impulse dengan syarat masih terdapat bekalan oksigen untuk jantung tersebut

5) Jantung membekalkan darah ke semua bahagian tubuh badan yang mengandungi 75 trillion cells. Hanya
    kornea mata sahaja tidak mendapat bekalan darah.

6) 5% daripada darah dibekalkan ke jantung, 15% - 20% daripada darah dibekalkan kepada otak dan
    pusat  nervous system ( central nervous system) dan 22% daripada darah di bekalkan kepada buah
    pinggang

7)Bunyi RnB dup dup dalam dada anda sebenarnye terhasil daripada pembukaan dan penutupan
   valve pada bahagian atrium dan ventrikal

8) Jantung mula berdenyut 4 minggu selepas terbentuk jasad baby dan berdenyut sehingga akhir hayat

9)Kelajuan darah yang di pam mengandungi oksigen daripada aorta kepada anggota tubuh badan
   1 batu per jam ( 1.6km per jam) manakala bila darah tiba saluran kapilari kelajuannya ialah
   43 inch per jam.

10)Kadar denyutan jantung wanita lebih tinggi daripada kadar denyutan jantung lelaki iaitu 78 denyutan
     seminit manakala lelaki 70 denyutan seminit.


Thursday, 19 December 2013

5 Tanda Awal Penyakit Jantung



Serangan penyakit jantung merupakan ''Silent Killer'' atau '' Silent Assassin'' yang bekerja tanpa mengira masa. 80% pesakit yang mengalami serangan jantung tidak mengendahkan tanda - tanda kecil
penyakit jantung di alami mereka.

     Ada baiknye mencegah daripada mengubati. Mengenali tanda - tanda kecil kehadiran penyakit jantung
dapat membantu anda daripada mengalami serangan penyakit jantung yang berisiko membawa maut!

1) Bahagian Kiri Badan
    Kebiasannya 3 bulan sebelum terjadi serangan jantung, bahagian tubuh badan sebelah kiri sering
    mengalami kebas, kekejangan otot dan rasa denyutan tidak stabil. Hal ini kerana jantung manusia terletak
    pada bahagian kiri tubuh badan dan darah aorta (kaya oksigen)  berbanding bahagian tubuh badan kanan
    mengandungi pulmonari arteri ( kaya karbon dioksida).

         Sekiranye saluran darah aorta telah dimasuki oleh kolestrol LDL dan lemak, maka tubuh badan
    sebelah kiri akan terasa kebas dan berdenyut denyut bagi membolehkan darah mengalir dengan lancar.
    Nasihat saya sebaiknye dapatkan khidmat nasihat doktor pakar kerana boleh jadi kebas akibat GERD
    (Gastrik dan Pedih ulu hati) atau penyakit lain.

2) Hilang Selera Makan
    Bagi yang berselera makan sebagai contoh 4 pinggan sehari, tetiba anda makan satu pinggan sehari tanpa
    sebab munasabah ( putus cinta, emosi terganggu, sedang diet) kemungkinan anda  menghidapi penyakit
    berkaitan jantung.

        Anda akan berasa mual, perut anda akan rasa menekan nekan untuk mengeluarkan semula makanan
    yang dalam perut. Langkah pencegahan terbaik jangan makan makanan yang pepejal. Ambil makanan
    yang cair contoh sup, oat, dan bubur.

        Faktor yang membezakan hilang selera makan disebabkan penyakit jantung dan sakit perut ialah kadar
    denyupan jantung.Sekiranye kadar denyupan jantung anda normal sewaktu hilang selera makan tidak    
    perlu risau kerana anda mengalami keracunan makanan. Sebab tu kalau anda sakit, doktor akan periksa      
    tekanan darah dan nadi denyutan jantung melalui stetoskop ( alat mcm headphone doctor beats)..


3) Rasa Cepat Penat dan Lelah

    Biasanye mereka yang Obesiti ni akan mengalami sifat rasa cepat penat  dan lelah. Teori sains saya senang
    sahaja, lori yang bawa muatan 10 tan dengan lori yang tidak bawa muatan, mana satu kena kerja keras?
    mana satu yang akan perlu keluarkan tenaga output yang tinggi? Sudah pasti lori bawa muatan 10tan ;)
 
         Begitu juga anda yang obesiti ( BMI >21)  mesti selalu rasa cepat penat dan lelah walaupun baru buat
    kerja ringan.Nak tahu kenapa anda cepat penat dan lelah??

         Bila lemak atau kolestrol dalam badan tidak dibakar atau digunakan sepenuhnya maka
    pembentukan plak - plak  dalam salur darah akan menghalang darah oksigen daripada sampai kepada
    tubuh badan anda. Apabila anggota tubuh badan anda kekurangan oksigen maka daya fungsi output akan
    berkurangan dan menyebabkan otak jadi jem, tubuh badan jadi lemah.

       

4) Rasa Tikaman Pisau pada Dada
   
Biasanye 3 bulan sebelum serangan jantung berlaku, anda akan mengalami rasa nyeri, pedih dan sakit
    pada bahagian dada. Anda rasa gemuruh, sejuk, dan berdenyut denyut pada bahagian dada anda.

          Untuk pengetahuan anda, komponen otot jantung adalah otot semula jadi yang tidak dapat di kawal
    oleh minda manusia. Sekiranye berlaku laluan sumbatan saluran darah, atau hentakan akibat kemalangan,
    otot jantung akan bekerja keras tanpa perlu di kawal oleh minda manusia.

5) Denyutan Nadi Tidak Teratur
   
Tanda - tanda lain bagi peyakit jantung ialah kadar denyutan nadi tidak sekata atau berada pada paras
    kurang seperti rajah di bawah ini :)
   
     A. Lelaki

1. Sangat Baik 
- Umur 20 - 29 Tahun : Kurang dari 60 kali perminit
- Umur 30 - 39 Tahun : Kurang dari 64 kali perminit 
- Umur 40 - 49 Tahun : Kurang dari 66 kali perminit 
- Umur 50 Tahun Ke Atas : Kurang dari 68 kali perminit 

2. Baik 
- Umur 20 - 29 Tahun : Antara 60 - 69 kali perminit 
- Umur 30 - 39 Tahun : Antara 65 - 71 kali perminit 
- Umur 40 - 49 Tahun : Antara 66 - 73 kali perminit 
- Umur 50 Tahun Ke Atas : Antara 68 - 75 kali perminit 

3. Cukup 
- Umur 20 - 29 Tahun : Antara 70 - 75 kali perminit 
- Umur 30 - 39 Tahun : Antara 72 - 87 kali perminit 
- Umur 40 - 49 Tahun : Antara 74 - 89 kali perminit 
- Umur 50 Tahun Ke Atas : Antara 79- 91 kali perminit 

4. Kurang 
- Umur 20 - 29 Tahun : Lebih dari 85 kali perminit 
- Umur 30 - 39 Tahun : Lebih dari 87 kali perminit 
- Umur 40 - 49 Tahun : Lebih dari 89 kali perminit 
- Umur 50 Tahun Ke Atas : Lebih dari 91 kali perminit 


B. PEREMPUAN / WANITA 

1. Sangat Baik 
- Usia 20 - 29 Tahun : Kurang dari 70 kali perminit 
- Usia 30 - 39 Tahun : Kurang dari 72 kali perminit 
- Usia 40 - 49 Tahun : Kurang dari 74 kali perminit 
- Usia 50 Tahun Ke Atas : Kurang dari 76 kali perminit 

2. Baik 
- Usia 20 - 29 Tahun : Antara 70 - 77 kali perminit
- Usia 30 - 39 Tahun : Antara 72 - 79 kali perminit 
- Usia 40 - 49 Tahun : Antara 74 - 81 kali perminit 
- Usia 50 Tahun Ke Atas : Antara 76 s/d 83 kali perminit 

3. Cukup 
- Usia 20 - 29 Tahun : Antara 78 - 94 kali perminit 
- Usia 30 - 39 Tahun : Antara 80 - 96 kali perminit 
- Usia 40 - 49 Tahun : Antara 82 - 98 kali perminit 
- Usia 50 Tahun Ke Atas : Antara 84 - 100 kali perminit 

4. Kurang 
- Usia 20 - 29 Tahun : Lebih dari 94 kali perminit 
- Usia 30 - 39 Tahun : Lebih dari 96 kali perminit 
- Usia 40 - 49 Tahun : Lebih dari 98 kali perminit 
- Usia 50 Tahun Ke Atas : Lebih dari 100 kali perminit 
cara mengukur denyutan nadi anda ialah dengan memegang pergelangan tangan,belakang lutut, dan
sekitar leher :)

Mari kita sama2 mengamal gaya hidup sihat untuk menjaga kesihatan jantung kita.. sayangi jantung anda.. selamat beramal :)


5 Jenis Makanan Untuk Kolestrol Sihat







Kolestrol sihat atau lebih dikenali dengan nama saintifik sebagai HDL ( High Density Lipoprotien) mampu mencegah dan merawat pembentukan plak di dalam saluran darah artery anda. 

Antara 5 jenis sumber pemakanan terbaik untuk menghasilkan kolestrol HDL :



                                       





1) Minyak Kesihatan ( Penurunan kolestrol 18%)
    Menukar gaya masakan di dapur rumah daripada minyak sawit kepada minyak zaiton, minyak kacang,
    minyak canola mampu menurunkan kolestrol LDL dalam badan anda. Kajian menunjukkan pesakit yang
    mengamalkan diet pemakanan minyak zaiton dan minyak bunga matahari yang mengandungi 12.9%
    lemak, 15% lemak monounsaturated, dan 7.9% lemak polyunsaturated boleh mencapai penurunan
    kolestrol sebanyak 19%. Jom tukar minyak di dapur rumah dengan Minyak Kesihatan :)





2) Bijiran (Penurunan kolestrol  8% - 16%)
    Bijiran seperti oat dan beras perang ( brown rice) telah terbukti mampu mengurangkan risiko berbagai
    penyakit seperti kolestrol, kencing manis dan darah tinggi. Antara resipi untuk menurunkan kolestrol ialah
    mengamalkan sarapan pagi anda dengan semangkuk oat dan makan tengah hari menggunakan beras
    perang. Selamat mencuba!



3) Bawang putih ( Penurunan kolestrol 7% - 12%)
    Bawang putih ni biasa mak kita di dapur rumah akan gunakan untuk tumis bahan masakan.Tetapi daripada
    perspektif  sains dan kesihatan, bawang ini yang dikenali dengan nama allium satvium mengandungi vitamin
    B6 yang tinggi iaitu 45% dan fosfur 12% sangat membantu pengawalan kesihatan tubuh badan anda.


                                         
                                           
                                             

4) Walnut dan Pistachious ( Penurunan kolestrol 10%)
     Kajian sains menunjukkan pemakanan kacang walnut dan pistachious mampu menyingkirkan lemak
     kolestrol tidak sihat. Cadangan pengambilan ialah 30gm walnut atau pistachious setiap minggu                        mengandungi   30% lemak untuk mencapai penurunan kolestrol tidak sihat

                                       

                                                 
5) Kacang barli (Penurunan kolestrol 13% -17%)
    Kacang barli merupakan sumber serat terbaik pemakanan karbohidrat dan protien kompleks serta vitamin
    dan galian. Kacang barli juga mempunyai dua jenis serat iaitu mudah dilarutkan dan tidak mudah
    dilarutkan. Kajian klinikal di kanada, amerikat syarikat dan australia melaporkan bahawa serat dalam barli
    sangat efektif mengurangkan kolestrol dalam tubuh badan.






Wednesday, 18 December 2013

2 Jenis Kolestrol yang Wajib Anda Ketahui



Tahukah anda, penyakit jantung merupakan pembunuh no.1 wanita di seluruh dunia termasuk negara malaysia selepas penyakit kanser.Penyakit jantung terbahagi kepada dua jenis iaitu kardio pulmonari
(berpunca daripada jantung dan paru-paru) bukan kardio pulmonari(berpunca daripada saluran darah, otot bahagian dada dan lain-lain lagi)

Pada tahun 2005,sejumlah 5247 orang rakyat malaysia meninggal di hospital kerajaan akibat serangan jantung. Antara punca serangan jantung ialah pembentukan Kolestrol.
Kolestrol terbahagi kepada dua jenis iaitu HDL ( High Density Lipoprotien) dan LDL ( Lower Density Lipoprotien).

Kolestrol HDL :
* Kolestrol ini tidak berbahaya
* Fungsi Kolestrol HDL ialah mengangkut lebihan kolestrol jahat di hati dan di bawa semula ke hati untuk
   diproses dan dibuang
* Berfungsi melingdungi dan mencegah mendapan kolestrol di dinding arteri
* Berfungsi melindungi pembuluh dinding darah daripada proses aterosklorosis (pembentukan plak pada
   dinding pembuluh darah)
* Contoh makanan yang diperkaya dengan kolestrol HDL ialah Oat,Gandum, Minyak Zaitun,Biji Rami dan
   Yogurt

Kolestrol LDL :
* Kolestrol ni amat berbahaya dan menyebabkan risiko serangan jantung
* Tingginya kadar kolestrol LDL menunjukkan pemendapan kolestrol dalam arteri
* Kolestrol ini penyebab utama serangan jantung koroner
* Contoh makanan yang diperkaya dengan kolestrol LDL ialah Daging Merah,Protien Ringan, Makanan    
   segera dan Makanan yang Mengandungi Lemak Tepu

Tuesday, 17 December 2013

5 Makanan Untuk Jantung Anda


1.Salmon
Ikan yang ini diperkaya asid lemak omega-3 ini efektif menurunkan tekanan darah dan mencegah pembekuan darah. Makanlah dua keping salmon satu minggu. Ia mengurangkan risiko meninggal akibat serangan jantung hingga 43 peratus.“Salmon mengandungi karotenoid astaxanthin, yang merupakan sebuah antioksida sangat kuat,” menurut Stephen T. Sinatra, MD, penulis Lower Your Blood Pressure In Eight Weeks, health.com.

2.Kekacang

Kacang-kacang seperti walnut dan almond gajus.
3.Bayam (Spinach)
Bayam kaya akan berbagai komponen sihat seperti lutein, folat, kalium dan serat. Bayam lebih di kenali dengan kartun popeye the sailorman.

4.Kacang Soya

Kacang soya membantu merendahkan kadar kolesterol kerana rendah lemak dan kaya protien.

5.Makanan Beroat

Mulakan pagi anda dengan semangkuk oat panas. Makanan ini kaya dengan asid lemak omega-3, folat dan kalium. Selain itu,ia kaya dengan serat yang menurunkan kadar kolesterol jahat LDL dan mencegah pembentukan plak di dinding arteri. Risiko daripada pembentukan plak di arteri boleh menyebabkan serangan jantung .




Sunday, 15 December 2013

5 Makanan Yang Mengemukkan


1.Roti Canai

Sekeping roti canai bersamaan dengan 290 kalori. Kalau anda makan dua keping dah 580 kalori, itu baru hidangan sarapan pagi, lunch, dinner dan snek diantaranya anda nak makan apa? Bayangkan kalau berlari di treadmill atau jogging, kenalah berlari dalam 2jam barulah bakar 750 kalori.

2. Nasi Goreng.

Antara makanan yang disukai rakyat malaysia ialah Nasi goreng.Biasanya satu pinggan dalam 640 kalori. Kerana nasi tersebut digoreng , ditambah pula dengan ayam goreng dan telur serta sedikit sayur, menjadikan nasi goreng kurang seimbang . Nilai kalori tinggi lebih kepada lemak dan karbohidrat. Kalau nak makan, cuba suku suapan tangan.

3.Ais krim.

Ais krim sangat sedap! Siapa tak nak. Lagi-lagi dengan cuaca di Malaysia yang panas sepanjang tahun.  Tetapi ingat, ais krim tinggi lemak dan gula serta kalori – dua scoop ais krim pun dah 380 kalori. Macam mana tu?

4.Mayonis

1/3 cawan mayonis mengandungi 365 kalori (40g lemak). Memang kurang sihat jika anda penggemar mayonis yang tegar. Jadi kurangkan dalam pengambilan pemakanan anda.

5.Susu Pekat Manis
Susu kaya krim ini sememangnya tidak elok untuk anda! Kandungan lemak tinggi dan walaupun ia ada sumber kalsium, dinasihatkan menggantikannya dengan  rendah lemak. Satu sudu susu pekat manis biasa mengandungi dalam 60kcal.



7 Tips Sihat Kurus Dan Langsing

1.  Elakkan Terlalu Berlapar
 Makanan memberi kita tenaga dan bila kita menggunakan kalori kurang dari apa yang kita ambil, tubuh  akan terkejut. Tubuh akan mula membakar 'muscle'(otot) untuk menggantikan makanan. Ini menyebabkan kadar metabolisma tubuh menjadi rendah. Bila anda tidak tahan berlapar, pada kebiasannya anda akan makan dengan lebih banyak.

2.Makan Sesuatu Yang Pahit Dahulu

 Minum kopi dan kumur 10 saat sebelum makan. Cara ini menyebabkan tekak merasa pahit dan menghantar isyarat melalui otak bagi menggalakan rembesan enzim dan asid HCL. Kekurangan enzim dan asid HCL di dalam perut boleh menyebabkan ketidakcekapan penghadaman.
   
3.Minum Minima 7 Gelas Sehari

 Air dapat mengurangkan selera makan anda secara semulajadi dan membantu badan memetabolisma simpanan lemak di dalam tubuh. Sebelum makan makanan yang berat-berat, cuba minum air, pasti anda tidak akan makan dengan banyak.

4.Elakkan Minuman Yang Bergas Dan Berkabonat
Minuman bergas atau berkarbonat biasanya mengandungi 7-8 sudu gula dan tidak baik untuk kesihatan tubuh badan.

5.Kurangkan Garam Dalam Pemakanan
Pengambilan garam yang tinggi menyebabkan banyak penyimpanan air dalam badan. Mengurangkan pengambilan garam bermakna badan anda menakung sedikit air. Ini bermakna anda kurang berat yang disebabkan air.

 6.Wajib Mengambil Sarapan Pagi

Anda juga boleh menurunkan berat badan dengan mengambil sarapan pagi. Menurut satu kajian saintis, mereka yang tidak mengambil sarapan pagi lebih cenderung untuk gemuk berbanding dengan mereka yang mengambilnya. Bagaimana ia terjadi? Sarapan pagi menstabilkan hormon dan paras glukos di dalam darah. Kadar metabolisma juga meningkat untuk membakar kalori.
    
7.Nikmati Makanan Dengan Kunyah Perlahan lahan
Nikmatilah makanan dengan kunyah perlahan-lahan dan jangan gopoh. Kerana apabila kita makan secara perlahan-lahan, tubuh akan menghantar isyarat menunjukan kepuasan.

    Friday, 6 December 2013

    Tips Diet Rasulullah




    Tips diet yang sangat Berkesan Melalui Sunnah !

         Sepanjang hidup Rasulullah s.a.w. tidak pernah mengalami kegemukan atau obesiti. Gaya hidup baginda yang sederhana dan aktif telah menjadi kajian para saintis eropah. Antara gaya hidup baginda yang telah terbukti membawa kesan positif untuk kesihatan ialah amalan sunnah mengunyah 40 kali bagi setiap suapan makanan ke mulut .


         Antara hasil kajian tersebut ialah kadar penyerapan kalori dalam tubuh badan mampu berkurang sehingga 12% sahaja. Menurut saintis tersebut, individu yang kurang mengunyah makanan lebih berpotensi mengalami kegemukan berbanding individu yang mengunyah 20 kali setiap suapan. Hal ini kerana, semasa mengunyah makanan, receptor (penerima) di lidah akan menghantar signal pada nerve( deria) tubuh badan untuk memberitahu otak untuk mengeluarkan enzim ( sejenis cecair kimia ) yang akan membantu pencernaan di usus dan memberi signal kenyang kepada otak.

        Kajian menunjukkan, amalan mengunyah sedikit makanan setiap suapan hanya sesuai untuk individu yang bekerja keras seperti buruh binaan dan atlit sukan. Mereka yang bekerja dalam kategori kerja keras ini sering kali kehilangan tenaga yang banyak dan memerlukan gantian tenaga segera. Jadi cara pemakanan sebegini dapat membantu penyerapan kalori yang tinggi dan memulihkan tenaga mereka dengan kadar segera.


       Selain daripada itu, amalan sunnah ini juga mampu melindungi kerosakan usus yang mana boleh mengakibatkan pendarahan usus lantas memberi kesan kepada sistem perkumuhan.Sekiranye makanan seperti daging ayam tidak dikunyah secukupnya maka usus akan tertekan untuk proses penghadaman. Berbeza pula dengan daging ayam yang di kunyah sebanyak 40 kali akan memudahkan usus berkerja untuk proses penghadaman.Usus yang sihat dapat membantu tubuh badan menyerap sumber nutrisi makan dengan berkesan. Manakala usus yang berdarah akan memberi potensi kepada usus untuk mengalami pendarahan. Mencegah lebih baik daripada mengubati .

       Tambahan bonus daripada amalan sunnah telah dibuktikan oleh kajian saintis dapat membantu kadar penyerapan nutrisi sebanyak 38% lebih daripada mereka yang kurang mengunyah makanan setiap suapan. Pemakanan dan diet seimbang tanpa daya serapan nutrisi yang kuat tidak banyak membantu kesihatan seseorang. Justeru itu, langkah bijak mengamalkan amalan sunnah ini mampu memberikan keperluan nutrisi tubuh badan pada tahap maksimum!


         Jadi bagi anda yang mula untuk jaga kesihatan, boleh lah mula mengamalkan sunnah untuk mendapat BMI yang sihat dan kesihatan tubuh badan. Tak rugi pun mengamalkan sunnah kerana kesihatan dapat, pahala dapat, syafaat pun dapat. Insya Allah :)

         Selamat beramal.... :)