Sunday, 15 December 2013

5 Makanan Yang Mengemukkan


1.Roti Canai

Sekeping roti canai bersamaan dengan 290 kalori. Kalau anda makan dua keping dah 580 kalori, itu baru hidangan sarapan pagi, lunch, dinner dan snek diantaranya anda nak makan apa? Bayangkan kalau berlari di treadmill atau jogging, kenalah berlari dalam 2jam barulah bakar 750 kalori.

2. Nasi Goreng.

Antara makanan yang disukai rakyat malaysia ialah Nasi goreng.Biasanya satu pinggan dalam 640 kalori. Kerana nasi tersebut digoreng , ditambah pula dengan ayam goreng dan telur serta sedikit sayur, menjadikan nasi goreng kurang seimbang . Nilai kalori tinggi lebih kepada lemak dan karbohidrat. Kalau nak makan, cuba suku suapan tangan.

3.Ais krim.

Ais krim sangat sedap! Siapa tak nak. Lagi-lagi dengan cuaca di Malaysia yang panas sepanjang tahun.  Tetapi ingat, ais krim tinggi lemak dan gula serta kalori – dua scoop ais krim pun dah 380 kalori. Macam mana tu?

4.Mayonis

1/3 cawan mayonis mengandungi 365 kalori (40g lemak). Memang kurang sihat jika anda penggemar mayonis yang tegar. Jadi kurangkan dalam pengambilan pemakanan anda.

5.Susu Pekat Manis
Susu kaya krim ini sememangnya tidak elok untuk anda! Kandungan lemak tinggi dan walaupun ia ada sumber kalsium, dinasihatkan menggantikannya dengan  rendah lemak. Satu sudu susu pekat manis biasa mengandungi dalam 60kcal.



No comments:

Post a Comment