Jantung bekerja hasil daripada tindak balas otot yang dirangsang oleh kuasa denyutan elektrik untuk mengerakkan dan mengepam saluran darah melalui aorta ke seluruh tubuh badan.
Terdapat dua serangan jantung yang membawa maut :

1) Serangan jantung koroner
Serangan jantung ini berpunca daripada penyempitan saluran darah yang menghalang darah kaya oksigen
daripada sampai ke jantung. Hal ini akan menyebabkan jantung mengalami kerosakan yang teruk
sekiranye saluran darah tersebut terus menyempit.
2) Serangan jantung kardiak
Serangan jantung ini berlaku secara tiba - tiba dan selalunya tidak dapat dikesan tanda - tanda akan
berlaku serangan. Serangan ini berpunca daripada kegagalan elektrikal sistem pada jantung berfungsi
yang menyebabkan otot jantung tidak dapat bekerja mengepam darah ke anggota tubuh badan.
Sekiranye tidak dirawat dalam tempoh masa 5 minit, akan menyebabkan kematian otak.
Rawatan berkesan untuk serangan jantung kardiak ialah melakukan CPR (cardiopulmonary
resuscitation)
Kesimpulan berdasarkan kajian pakar perubatan, pesakit yang menghidapi serangan jantung kardiak
kebiasaannya menghidapi penyakit jantung koroner. Manakala pesakit yang menghidapi penyakit jantung
koroner berpotensi menghidapi penyakit jantung kardiak semasa dalam tempoh rawatan pemulihan.
kebiasaannya menghidapi penyakit jantung koroner. Manakala pesakit yang menghidapi penyakit jantung
koroner berpotensi menghidapi penyakit jantung kardiak semasa dalam tempoh rawatan pemulihan.
No comments:
Post a Comment