Thursday, 19 December 2013
5 Tanda Awal Penyakit Jantung
Serangan penyakit jantung merupakan ''Silent Killer'' atau '' Silent Assassin'' yang bekerja tanpa mengira masa. 80% pesakit yang mengalami serangan jantung tidak mengendahkan tanda - tanda kecil
penyakit jantung di alami mereka.
Ada baiknye mencegah daripada mengubati. Mengenali tanda - tanda kecil kehadiran penyakit jantung
dapat membantu anda daripada mengalami serangan penyakit jantung yang berisiko membawa maut!
1) Bahagian Kiri Badan
Kebiasannya 3 bulan sebelum terjadi serangan jantung, bahagian tubuh badan sebelah kiri sering
mengalami kebas, kekejangan otot dan rasa denyutan tidak stabil. Hal ini kerana jantung manusia terletak
pada bahagian kiri tubuh badan dan darah aorta (kaya oksigen) berbanding bahagian tubuh badan kanan
mengandungi pulmonari arteri ( kaya karbon dioksida).
Sekiranye saluran darah aorta telah dimasuki oleh kolestrol LDL dan lemak, maka tubuh badan
sebelah kiri akan terasa kebas dan berdenyut denyut bagi membolehkan darah mengalir dengan lancar.
Nasihat saya sebaiknye dapatkan khidmat nasihat doktor pakar kerana boleh jadi kebas akibat GERD
(Gastrik dan Pedih ulu hati) atau penyakit lain.
2) Hilang Selera Makan
Bagi yang berselera makan sebagai contoh 4 pinggan sehari, tetiba anda makan satu pinggan sehari tanpa
sebab munasabah ( putus cinta, emosi terganggu, sedang diet) kemungkinan anda menghidapi penyakit
berkaitan jantung.
Anda akan berasa mual, perut anda akan rasa menekan nekan untuk mengeluarkan semula makanan
yang dalam perut. Langkah pencegahan terbaik jangan makan makanan yang pepejal. Ambil makanan
yang cair contoh sup, oat, dan bubur.
Faktor yang membezakan hilang selera makan disebabkan penyakit jantung dan sakit perut ialah kadar
denyupan jantung.Sekiranye kadar denyupan jantung anda normal sewaktu hilang selera makan tidak
perlu risau kerana anda mengalami keracunan makanan. Sebab tu kalau anda sakit, doktor akan periksa
tekanan darah dan nadi denyutan jantung melalui stetoskop ( alat mcm headphone doctor beats)..
3) Rasa Cepat Penat dan Lelah
Biasanye mereka yang Obesiti ni akan mengalami sifat rasa cepat penat dan lelah. Teori sains saya senang
sahaja, lori yang bawa muatan 10 tan dengan lori yang tidak bawa muatan, mana satu kena kerja keras?
mana satu yang akan perlu keluarkan tenaga output yang tinggi? Sudah pasti lori bawa muatan 10tan ;)
Begitu juga anda yang obesiti ( BMI >21) mesti selalu rasa cepat penat dan lelah walaupun baru buat
kerja ringan.Nak tahu kenapa anda cepat penat dan lelah??
Bila lemak atau kolestrol dalam badan tidak dibakar atau digunakan sepenuhnya maka
pembentukan plak - plak dalam salur darah akan menghalang darah oksigen daripada sampai kepada
tubuh badan anda. Apabila anggota tubuh badan anda kekurangan oksigen maka daya fungsi output akan
berkurangan dan menyebabkan otak jadi jem, tubuh badan jadi lemah.
4) Rasa Tikaman Pisau pada Dada
Biasanye 3 bulan sebelum serangan jantung berlaku, anda akan mengalami rasa nyeri, pedih dan sakit
pada bahagian dada. Anda rasa gemuruh, sejuk, dan berdenyut denyut pada bahagian dada anda.
Untuk pengetahuan anda, komponen otot jantung adalah otot semula jadi yang tidak dapat di kawal
oleh minda manusia. Sekiranye berlaku laluan sumbatan saluran darah, atau hentakan akibat kemalangan,
otot jantung akan bekerja keras tanpa perlu di kawal oleh minda manusia.
5) Denyutan Nadi Tidak Teratur
Tanda - tanda lain bagi peyakit jantung ialah kadar denyutan nadi tidak sekata atau berada pada paras
kurang seperti rajah di bawah ini :)
A. Lelaki
1. Sangat Baik
- Umur 20 - 29 Tahun : Kurang dari 60 kali perminit
- Umur 30 - 39 Tahun : Kurang dari 64 kali perminit
- Umur 40 - 49 Tahun : Kurang dari 66 kali perminit
- Umur 50 Tahun Ke Atas : Kurang dari 68 kali perminit
2. Baik
- Umur 20 - 29 Tahun : Antara 60 - 69 kali perminit
- Umur 30 - 39 Tahun : Antara 65 - 71 kali perminit
- Umur 40 - 49 Tahun : Antara 66 - 73 kali perminit
- Umur 50 Tahun Ke Atas : Antara 68 - 75 kali perminit
3. Cukup
- Umur 20 - 29 Tahun : Antara 70 - 75 kali perminit
- Umur 30 - 39 Tahun : Antara 72 - 87 kali perminit
- Umur 40 - 49 Tahun : Antara 74 - 89 kali perminit
- Umur 50 Tahun Ke Atas : Antara 79- 91 kali perminit
4. Kurang
- Umur 20 - 29 Tahun : Lebih dari 85 kali perminit
- Umur 30 - 39 Tahun : Lebih dari 87 kali perminit
- Umur 40 - 49 Tahun : Lebih dari 89 kali perminit
- Umur 50 Tahun Ke Atas : Lebih dari 91 kali perminit
B. PEREMPUAN / WANITA
1. Sangat Baik
- Usia 20 - 29 Tahun : Kurang dari 70 kali perminit
- Usia 30 - 39 Tahun : Kurang dari 72 kali perminit
- Usia 40 - 49 Tahun : Kurang dari 74 kali perminit
- Usia 50 Tahun Ke Atas : Kurang dari 76 kali perminit
2. Baik
- Usia 20 - 29 Tahun : Antara 70 - 77 kali perminit
- Usia 30 - 39 Tahun : Antara 72 - 79 kali perminit
- Usia 40 - 49 Tahun : Antara 74 - 81 kali perminit
- Usia 50 Tahun Ke Atas : Antara 76 s/d 83 kali perminit
3. Cukup
- Usia 20 - 29 Tahun : Antara 78 - 94 kali perminit
- Usia 30 - 39 Tahun : Antara 80 - 96 kali perminit
- Usia 40 - 49 Tahun : Antara 82 - 98 kali perminit
- Usia 50 Tahun Ke Atas : Antara 84 - 100 kali perminit
4. Kurang
- Usia 20 - 29 Tahun : Lebih dari 94 kali perminit
- Usia 30 - 39 Tahun : Lebih dari 96 kali perminit
- Usia 40 - 49 Tahun : Lebih dari 98 kali perminit
- Usia 50 Tahun Ke Atas : Lebih dari 100 kali perminit
cara mengukur denyutan nadi anda ialah dengan memegang pergelangan tangan,belakang lutut, dan
sekitar leher :)
Mari kita sama2 mengamal gaya hidup sihat untuk menjaga kesihatan jantung kita.. sayangi jantung anda.. selamat beramal :)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment