(Buah pinggang yang rosak)
Buah pinggang yang berbentuk seperti kacang gajus berfungsi sebagai organ vital yang mencuci darah dan mengawal kestabilan hormon dalam tubuh badan. Antara penyumbang utama kepada kerosakan buah pinggang ialah penyakit darah tinggi dan kencing manis.
Pada tarikh 9 januari 2013, seramai 15 000 pesakit kronik buah pinggang dialisis ( ESRD) yang menunggu giliran untuk menjalani pembedahan buah pinggang. Namun begitu, kesedaran masyarakat
tentang pendermaan organ tubuh badan yang masih rendah menyebabkan ramai pesakit terpaksa menanti untuk menjalani pembedahan.
Mengikut kenyataan Pengarah Kesihatan Negeri Terengganu, Dr. Mohd Jusoh, negeri terengganu mencatatkan purata 70 orang pesakit seminggu yang mendaftar di hospital kerajaan untuk rawatan buah pinggang. Perunding Nephrologist Hospital Selayang, Dr Rafidah Abdullah pula menjelaskan bahawa hospital tersebut menerima 22 pasang buah pinggang daripada penderma tempatan.
Ramai antara kita sebenarnya mempunyai penyakit buah pinggang, tetapi kita tidak menyedarinya. Ini disebabkan oleh sebahagian tanda penyakit buah pinggang seakan sama dengan tanda penyakit lain.
Jadi bagaimana untuk kita mengetahui sama ada kita menghidapi penyakit buah pinggang? Untuk mengetahuinya,mari kita melihat perkongsian di bawah ini.
1) Mengalami Keletihan Sepanjang Masa
Sekiranya anda mengalami keletihan sepanjang masa tanpa sebab munasabah. Kerosakan buah pinggang
merupakan puncanya. Ini kerana, apabila buah pinggang rosak, proses hormon untuk menghasilkan
darah merah ( haemoglobin) akan terbantut. Apabila kekurangan darah merah, maka proses
penghantaran oksigen kepada anggota tubuh badan dan jantung akan terhalang menyebabkan anggota
badan menjadi lemah.
2)Air Kencing
Air kencing merupakan ending proses bagi sistem perkumuhan buah pinggang. Sekiranye kekerapan air
kencing lebih daripada 5 kali sehari sebaiknya berjumpa doktor untuk buat ujian darah bagi mengenal pasti
punca sama ada masalah buah pinggang atau pundi hempedu.
Tanda lain bagi air kencing ialah, air kencing berdarah dan air kencing berwarna coklat kehitaman.
Semasa anda membuang air kecil adakah anda terasa lancar? atau pun tersekat sekat? sekiranya rasa
seperti meneran kemungkinan anda menghidapi sakit buah pinggang atau pun penyakit batu karang.
3)Rasa Loya Dan Muntah
Banyak faktor yang menyebabkan rasa loya dan muntah antaranye tanda kehamilan, ear drum bermasalah
atau pun darah kotor. Rasa loya dan muntah yang berpunca daripada penyakit buah pinggang di sebabkan
darah kotor yang pekat ( saturated) dalam tubuh badan. Hal ini kerana buah pinggang gagal berfungsi
untuk menapis kotoran ( wastage product) dalam darah. Darah yang tidak di tapis ini akan memasuki
semula dalam sistem peredaran darah ( blood circulation system) dan menyebabkan anda berasa loya.
4)Tubuh Badan Rasa Sejuk Sepanjang Masa
Aneamia berpunca daripada kekurangan darah merah. Ada yang sedari lahir telah mendapat penyakit ini.
Ada yang berpunca daripada penyakit buah pinggang yang gagal memproses merangsang penghasilan
darah merah ( haemoglobin). Sekiranye darah merah tidak dapat dihasilkan secukupnya maka anda akan
terasa kesejukan kerana fungsi tubuh badan anda disekat daripada menerima oksigen yang mencukupi.
5)Kegatalan Atau Ruam
Kegatalan atau ruam ini berpunca daripada masalah darah yang kotor. Kegagalan buah pinggang untuk
menapis kekotoran daripada darah menyebabkan ia mengalir semula ke dalam tubuh badan. Apabila darah
ini mengalir dalam tubuh badan maka tindak balas hormon akan menyebabkan timbulnya ruam, gatal di
tubuh badan. Jadi untuk kepastian, jumpa doktor sama ada kegatalan berpunca daripada masalah luaran
atau dalaman ( darah kotor)
Apabila anda mengalami tanda awal seperti di atas ini, cepat - cepat lah berjumpa doktor untuk mendapatkan diagnosis ujian darah bagi memastikan punca sebenar penyakit yang anda hidapi. Amalkan
gaya hidup sihat, kurangkan pengambilan garam dan gula yang mana menyebabkan penapis buah pinggang
gagal berfungsi. Selamat beramal :)
No comments:
Post a Comment