Monday, 30 December 2013

5 Langkah Bijak Mencegah Serangan 'Assassin'



'Assassin' utama di malaysia selama 30 dekad yang lepas dikenali sebagai Penyakit Jantung. Statistik Kementerian Kesihatan menunjukkan 1/4 daripada kematian di hospital kerajaan ialah akibat serangan jantung!

     Serangan jantung tidak mengenal usia membuatkan ia sukar dijangka.Malah ada pesakit berusia seawal 28 tahun telah mengalami serangan jantung koronari maut. Gaya hidup metropolitan tanpa kesedaran kesihatan menyebabkan sebahagian besar masyarakat malaysia mengabaikan tentang kepentingan kesihatan jantung.

 
Menurut Pakar Kesihatan  dan Pakar  Kardiologi dari seluruh dunia sangat mengesyorkan 5 langkah awal untuk mencegah serangan jantung kronik.

1) Berhenti Merokok
    4000 kimia yang mengandungi dalam kandungan rokok sangat - sangat berisiko membuatkan si perokok
     dan orang sekeliling mendapat penyakit barah dan serangan jantung.

     Tahukah anda?
      Perbelanjaan purata si perokok :                    Keuntungan berhenti rokok:
      * Satu hari 1 kotak - rm 10                           * Duit rokok dapat digunakan untuk Ahli keluarga
      * Seminggu             - rm70                           * Dapat digunakan untuk Bayaran ASB bernilai rm 30ribu
      * Sebulan                - rm 120                        * Dapat memulakan perniagaan lean start up
      * Setahun                - rm 1440                      * Dengan rm 1440 mampu berbulan madu bersama isteri
                                                                              tersayang.

           


2) Tidur Mencukupi

                                    

    Tidur merupakan keperluan tubuh badan semula jadi untuk merehatkan diri dan menjana semula tenaga
     untuk tubuh badan. Semasa tidur, tubuh badan manusia membakar sekitar 70 kalori sejam. Untuk
     mengoptimumkan kesan pembakaran kalori.

           Tidur yang mencukupi dapat membantu anda bangun dalam keadaan segar bugar dan fokus dalam
     melakukan tugasan anda. Kajian pakar kesihatan menunjukkan masyarakat di jepun di tokyo merupakan
     populasi paling tinggi mengalami penyakit kurang tido. Kesannya tekanan darah meningkat, stress
     dan boleh mengakibatkan tekanan jiwa kronik.

           Tidur yang tidak di galakkan ialah pada waktu asar dan selepas subuh. Hal ini kerana tidur pada dua
     waktu subuh amat merugikan kerana oksigen terbaik untuk di hidu oleh manusia adalah selepas waktu
     subuh.

             Menurut  Dr. Alyssa Cairns pada Associated Professional Sleep Societies di Minneapolis kajian
     yang dilakukan terhadap 750 kanak - kanak mereka yang tidur pada lewat petang akan mengalami
     masalah sukar tido pada waktu malam dan kemahiran bermain puzzle dan permainan berbentuk
     kemahiran organisasi menurun.

       



3) Amalkan Rutin Senaman Yang Sihat

                                    

    Anda tidak perlu latihan komando atau latihan seperti permain terbaik dunia lionel messi untuk mendapat
    jantung yang sihat. Cukup sekadar 3 kali seminggu latihan senaman intensiti yang tinggi dan 2 kali latihan
    senaman yang intensiti rendah.

   Tips:
    * Bersenam dapat membakar kalori dan membakar lemak
    * 3500 kalori = 0.453592 kg = 1 pound
    * Untuk mendapatkan kesan optimum bakar lemak rutin diet perlu di perkemaskan
    * Sekiranye BMI ( body mass index) anda melebihi 27, sila kurangkan aktiviti berjoging laju
       kerana ia akan menyebabkan kerosakan di kepala lutut yang kronik.

           



4) Makan Gaya Hidup Sihat


                                        

    Pemakanan yang seimbang dan sihat dapat membantu mengurangkan kolestrol LDL dalam tubuh badan.
 
    Langkah bijak untuk mencegah anda daripada mendapat serangan jantung adalah dengan mengurangkan
    makanan seperti :
    * Lemak tepu - mentega, minyak sawit, kulit ayam dan bahagian anggota haiwan
    * Makanan segera- kfc, mc donald, pizza hut, domino pizza, burger king, subway
    * Makanan yang di proses - maggy, keropok kentang,mi segera, nasi segera
   
    Langkah bijak untuk memperbaiki jantung anda adalah dengan mengambil pemakanan seperti:
    * Kaya kolestrol HDL- oat, beras perang, barli
    * Kaya fibre - buah oren, sayuran berbagai warna, pisang, oat
    * Supplement - minyak ikan, habbatus sauda, kurma, kismis, minyak zafran

5) Mendapatkan Diagnosis Doktor


                                         
    Ujian atau pemeriksaan berkala tahap kesihatan anda di hospital dapat membantu anda melakukan
    langkah pencegahan awal agar penyakit jantung tidak menjadi kronik atau anda menghadapi serangan
    jantung. Syor atau cadangan oleh doktor pakar ialah setiap 6 bulan sekali anda perlu melakukan
    pemeriksaan kesihatan secara menyeluruh seperti darah tinggi, kencing manis, ujian darah, dan tahap
    kecergasan bagi membolehkan doktor membuat diagnosis lebih tepat.

    Moga dengan 5 langkah bijak ini dapat bantu anda mencegah daripada penyakit jantung. Selamat
    beramal :)






   
     
   
     
   

No comments:

Post a Comment