Wednesday, 18 December 2013

2 Jenis Kolestrol yang Wajib Anda Ketahui



Tahukah anda, penyakit jantung merupakan pembunuh no.1 wanita di seluruh dunia termasuk negara malaysia selepas penyakit kanser.Penyakit jantung terbahagi kepada dua jenis iaitu kardio pulmonari
(berpunca daripada jantung dan paru-paru) bukan kardio pulmonari(berpunca daripada saluran darah, otot bahagian dada dan lain-lain lagi)

Pada tahun 2005,sejumlah 5247 orang rakyat malaysia meninggal di hospital kerajaan akibat serangan jantung. Antara punca serangan jantung ialah pembentukan Kolestrol.
Kolestrol terbahagi kepada dua jenis iaitu HDL ( High Density Lipoprotien) dan LDL ( Lower Density Lipoprotien).

Kolestrol HDL :
* Kolestrol ini tidak berbahaya
* Fungsi Kolestrol HDL ialah mengangkut lebihan kolestrol jahat di hati dan di bawa semula ke hati untuk
   diproses dan dibuang
* Berfungsi melingdungi dan mencegah mendapan kolestrol di dinding arteri
* Berfungsi melindungi pembuluh dinding darah daripada proses aterosklorosis (pembentukan plak pada
   dinding pembuluh darah)
* Contoh makanan yang diperkaya dengan kolestrol HDL ialah Oat,Gandum, Minyak Zaitun,Biji Rami dan
   Yogurt

Kolestrol LDL :
* Kolestrol ni amat berbahaya dan menyebabkan risiko serangan jantung
* Tingginya kadar kolestrol LDL menunjukkan pemendapan kolestrol dalam arteri
* Kolestrol ini penyebab utama serangan jantung koroner
* Contoh makanan yang diperkaya dengan kolestrol LDL ialah Daging Merah,Protien Ringan, Makanan    
   segera dan Makanan yang Mengandungi Lemak Tepu

No comments:

Post a Comment