Friday, 6 December 2013

Tips Diet Rasulullah




Tips diet yang sangat Berkesan Melalui Sunnah !

     Sepanjang hidup Rasulullah s.a.w. tidak pernah mengalami kegemukan atau obesiti. Gaya hidup baginda yang sederhana dan aktif telah menjadi kajian para saintis eropah. Antara gaya hidup baginda yang telah terbukti membawa kesan positif untuk kesihatan ialah amalan sunnah mengunyah 40 kali bagi setiap suapan makanan ke mulut .


     Antara hasil kajian tersebut ialah kadar penyerapan kalori dalam tubuh badan mampu berkurang sehingga 12% sahaja. Menurut saintis tersebut, individu yang kurang mengunyah makanan lebih berpotensi mengalami kegemukan berbanding individu yang mengunyah 20 kali setiap suapan. Hal ini kerana, semasa mengunyah makanan, receptor (penerima) di lidah akan menghantar signal pada nerve( deria) tubuh badan untuk memberitahu otak untuk mengeluarkan enzim ( sejenis cecair kimia ) yang akan membantu pencernaan di usus dan memberi signal kenyang kepada otak.

    Kajian menunjukkan, amalan mengunyah sedikit makanan setiap suapan hanya sesuai untuk individu yang bekerja keras seperti buruh binaan dan atlit sukan. Mereka yang bekerja dalam kategori kerja keras ini sering kali kehilangan tenaga yang banyak dan memerlukan gantian tenaga segera. Jadi cara pemakanan sebegini dapat membantu penyerapan kalori yang tinggi dan memulihkan tenaga mereka dengan kadar segera.


   Selain daripada itu, amalan sunnah ini juga mampu melindungi kerosakan usus yang mana boleh mengakibatkan pendarahan usus lantas memberi kesan kepada sistem perkumuhan.Sekiranye makanan seperti daging ayam tidak dikunyah secukupnya maka usus akan tertekan untuk proses penghadaman. Berbeza pula dengan daging ayam yang di kunyah sebanyak 40 kali akan memudahkan usus berkerja untuk proses penghadaman.Usus yang sihat dapat membantu tubuh badan menyerap sumber nutrisi makan dengan berkesan. Manakala usus yang berdarah akan memberi potensi kepada usus untuk mengalami pendarahan. Mencegah lebih baik daripada mengubati .

   Tambahan bonus daripada amalan sunnah telah dibuktikan oleh kajian saintis dapat membantu kadar penyerapan nutrisi sebanyak 38% lebih daripada mereka yang kurang mengunyah makanan setiap suapan. Pemakanan dan diet seimbang tanpa daya serapan nutrisi yang kuat tidak banyak membantu kesihatan seseorang. Justeru itu, langkah bijak mengamalkan amalan sunnah ini mampu memberikan keperluan nutrisi tubuh badan pada tahap maksimum!


     Jadi bagi anda yang mula untuk jaga kesihatan, boleh lah mula mengamalkan sunnah untuk mendapat BMI yang sihat dan kesihatan tubuh badan. Tak rugi pun mengamalkan sunnah kerana kesihatan dapat, pahala dapat, syafaat pun dapat. Insya Allah :)

     Selamat beramal.... :)

No comments:

Post a Comment