Thursday, 19 December 2013

5 Jenis Makanan Untuk Kolestrol Sihat







Kolestrol sihat atau lebih dikenali dengan nama saintifik sebagai HDL ( High Density Lipoprotien) mampu mencegah dan merawat pembentukan plak di dalam saluran darah artery anda. 

Antara 5 jenis sumber pemakanan terbaik untuk menghasilkan kolestrol HDL :



                                       





1) Minyak Kesihatan ( Penurunan kolestrol 18%)
    Menukar gaya masakan di dapur rumah daripada minyak sawit kepada minyak zaiton, minyak kacang,
    minyak canola mampu menurunkan kolestrol LDL dalam badan anda. Kajian menunjukkan pesakit yang
    mengamalkan diet pemakanan minyak zaiton dan minyak bunga matahari yang mengandungi 12.9%
    lemak, 15% lemak monounsaturated, dan 7.9% lemak polyunsaturated boleh mencapai penurunan
    kolestrol sebanyak 19%. Jom tukar minyak di dapur rumah dengan Minyak Kesihatan :)





2) Bijiran (Penurunan kolestrol  8% - 16%)
    Bijiran seperti oat dan beras perang ( brown rice) telah terbukti mampu mengurangkan risiko berbagai
    penyakit seperti kolestrol, kencing manis dan darah tinggi. Antara resipi untuk menurunkan kolestrol ialah
    mengamalkan sarapan pagi anda dengan semangkuk oat dan makan tengah hari menggunakan beras
    perang. Selamat mencuba!



3) Bawang putih ( Penurunan kolestrol 7% - 12%)
    Bawang putih ni biasa mak kita di dapur rumah akan gunakan untuk tumis bahan masakan.Tetapi daripada
    perspektif  sains dan kesihatan, bawang ini yang dikenali dengan nama allium satvium mengandungi vitamin
    B6 yang tinggi iaitu 45% dan fosfur 12% sangat membantu pengawalan kesihatan tubuh badan anda.


                                         
                                           
                                             

4) Walnut dan Pistachious ( Penurunan kolestrol 10%)
     Kajian sains menunjukkan pemakanan kacang walnut dan pistachious mampu menyingkirkan lemak
     kolestrol tidak sihat. Cadangan pengambilan ialah 30gm walnut atau pistachious setiap minggu                        mengandungi   30% lemak untuk mencapai penurunan kolestrol tidak sihat

                                       

                                                 
5) Kacang barli (Penurunan kolestrol 13% -17%)
    Kacang barli merupakan sumber serat terbaik pemakanan karbohidrat dan protien kompleks serta vitamin
    dan galian. Kacang barli juga mempunyai dua jenis serat iaitu mudah dilarutkan dan tidak mudah
    dilarutkan. Kajian klinikal di kanada, amerikat syarikat dan australia melaporkan bahawa serat dalam barli
    sangat efektif mengurangkan kolestrol dalam tubuh badan.






No comments:

Post a Comment