Sunday, 15 December 2013

7 Tips Sihat Kurus Dan Langsing

1.  Elakkan Terlalu Berlapar
 Makanan memberi kita tenaga dan bila kita menggunakan kalori kurang dari apa yang kita ambil, tubuh  akan terkejut. Tubuh akan mula membakar 'muscle'(otot) untuk menggantikan makanan. Ini menyebabkan kadar metabolisma tubuh menjadi rendah. Bila anda tidak tahan berlapar, pada kebiasannya anda akan makan dengan lebih banyak.

2.Makan Sesuatu Yang Pahit Dahulu

 Minum kopi dan kumur 10 saat sebelum makan. Cara ini menyebabkan tekak merasa pahit dan menghantar isyarat melalui otak bagi menggalakan rembesan enzim dan asid HCL. Kekurangan enzim dan asid HCL di dalam perut boleh menyebabkan ketidakcekapan penghadaman.
   
3.Minum Minima 7 Gelas Sehari

 Air dapat mengurangkan selera makan anda secara semulajadi dan membantu badan memetabolisma simpanan lemak di dalam tubuh. Sebelum makan makanan yang berat-berat, cuba minum air, pasti anda tidak akan makan dengan banyak.

4.Elakkan Minuman Yang Bergas Dan Berkabonat
Minuman bergas atau berkarbonat biasanya mengandungi 7-8 sudu gula dan tidak baik untuk kesihatan tubuh badan.

5.Kurangkan Garam Dalam Pemakanan
Pengambilan garam yang tinggi menyebabkan banyak penyimpanan air dalam badan. Mengurangkan pengambilan garam bermakna badan anda menakung sedikit air. Ini bermakna anda kurang berat yang disebabkan air.

 6.Wajib Mengambil Sarapan Pagi

Anda juga boleh menurunkan berat badan dengan mengambil sarapan pagi. Menurut satu kajian saintis, mereka yang tidak mengambil sarapan pagi lebih cenderung untuk gemuk berbanding dengan mereka yang mengambilnya. Bagaimana ia terjadi? Sarapan pagi menstabilkan hormon dan paras glukos di dalam darah. Kadar metabolisma juga meningkat untuk membakar kalori.
    
7.Nikmati Makanan Dengan Kunyah Perlahan lahan
Nikmatilah makanan dengan kunyah perlahan-lahan dan jangan gopoh. Kerana apabila kita makan secara perlahan-lahan, tubuh akan menghantar isyarat menunjukan kepuasan.

    No comments:

    Post a Comment